Selasa, 15 Februari 2011

Minat saya (2)


Saya juga minat membaca buku. Setiap petang, saya akan membaca sebuah buku di dalam bilik saya. Saya gemar membaca buku Roald Dahl seperti Matilda, The Twits, Charlie and The Chocolate Factory dan banyak lagi. Buku-bukunya tidak membosankan. Saya gemar membaca buku yang lucu dan seram. Saya juga suka membaca buku yang tebal. Membaca buku adalah satu perkara yang baik. Ia memberi moral kepada saya.

Sabtu, 12 Februari 2011

Minat saya (1)


Minat saya adalah membaca buku dan menyanyi. Saya minat menyanyi semenjak saya 5 tahun. Saya minat mendengar lagu-lagu Taylor Swift, Selena Gomez dan banyak lagi. Lagu-lagu mereka amat menarik. Suara mereka amat merdu. Apabila saya dewasa, saya mahu menjadi seorang penyanyi. Walaupun suara saya tidak begitu merdu saya boleh mencuba untuk dapatkan peluang. Saya harus berlatih dengan bersungguh-sungguh.

Ahad, 23 Januari 2011

Tahun Baharu 2011

Pada tahun 2011 ini, saya akan menghadapi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah. Saya berasa tidak sabar untuk mengambil peperiksaan itu. Dalam masa yang sama, saya pun berasa takut. Jika saya gagal dalam peperiksaan saya pada tahun ini, saya harus mengambil peperiksaan itu sekali lagi. Saya tidak mahu perkara itu berlaku. Jika saya ingin mencapai agreget saya, saya harus berkerja keras dengan mati-matian. Saya pun harus memberi perhatian kepada guru-guru saya. Saya ingin memasuki aliran expres supaya ibu bapa saya akan berasa bangga terhadap saya. Saya akan berasa amat gembira jika ibu bapa saya bangga terhadap saya.

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang Diri Saya

Nama saya ialah Safinah. Saya berumur 11 tahun. Dalam masa 6 bulan lagi, saya akan berumur 12 tahun. Rumah saya tidak jauh dari sekolah saya. Ia juga berdekatan dengan sebuah pusat membeli-belah. Saya ada lima adik-beradik. Saya suka makan nasi ayam dan minum air milo ais. Hari lahir saya adalah 13 Julai 1999.

Rakan-rakan rapat saya adalah Anisah, Sophia, Nikki, Shazwanny dan Afeeqa. Saya suka membaca buku, menari dan menyanyi. Agregat saya pada tahun ini adalah 230 atau lebih. Saya mahu mendapat gred B untuk bahasa Inggeris, A* untuk bahasa Melayu saya, A untuk Matematiks dan B untuk sains.

Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Kenangan pahit
Pada tahun 2010 , saya berada di dalam darjah lima. Saya berasa amat takut kerana saya perlu bersiap untuk peperiksaan saya. Selepas itu pula, saya akan berada di dalam darjah enam. Saya harus bersiap untuk kedua-dua peperiksaan. Jikalau saya mula persiapan saya pada tahun depan, saya tidak akan ada cukup masa untuk membuat persiapan tersebut. Tahun depan adalah penting bagi kita kerana jika kita tidak lulus dalam pelajaran Matematik dan Inggeris kita, kita tidak boleh meninggalkan sekolah rendah kita. Kita boleh memasuki sekolah menengah yang kita selalu inginkan jikalau kita dapat markah yang tinggi untuk peperiksaan akhir tahun depan. Pada tahun ini, guru saya telah memberi saya dan rakan-rakan kelas saya banyak kerja rumah dan kerja sekolah.
Kenangan manis
Rakan-rakan dan guru-guru saya telah menolong saya apabila saya dalam kesusahan. Mereka juga telah menyokong saya. Saya telah membuat banyak rakan pada tahun ini dan saya juga jumpa rakan-rakan lama saya.

Ahad, 24 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Saya berasa gugup dan takut apabila peperiksaan akhir tahun ini tiba. Pada hari Isnin hingga Jumaat , saya akan belajar selama satu jam sehari. Pada hari Sabtu dan Ahad , saya akan belajar selama dua jam. Setiap hari , ibu saya akan memberi saya sebuah ujian. Ibu saya juga akan pastikan yang saya belajar. Kini saya mahu lulus dalam semua mata pelajaran supaya ibubapa saya akan berasa bangga.

Sajak Hujan

Ada yang berkata
engkaulah hujan
yang membasahi bumi
betulkah itu , hujan?

Ada yang berkata
engkau turun dari langit
membawa air dan rahmat
adakah itu benar , hujan?

Aku ingin memberi
apatah daya aku tidak mampu
aku hanya manusia biasa
engkaulah yang menghibur sekelian alam
engkaulah inspirasi...