Rabu, 31 Ogos 2011

Ucapan Selamat Hari Guru

Saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru di sekolah saya terutama sekali Cikgu Tuty, guru bahasa Melayu saya. Terima kasih Cikgu Tuty kerana telah membantu saya dalam pelajaran bahasa Melayu saya. Maafkan saya jika saya telah membuat salah kepada Cikgu Tuty atau membuat Cikgu Tuty marah. Saya juga ingin meminta maaf jika saya memberi Cikgu Tuty tekanan.


~ Selamat Hari Guru ~

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri




Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat Islam. Dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir dan batin. Saya ingin meminta maaf jika saya telah membuat salah. Saya juga ingin meminta maaf jika saya telah menyakitkan hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Semoga bergembira selalu. :)


Kad ucapan penganti diri,

Semoga berbahagia di aidilfitri,

Kepulangan perantau di pagi raya,

menyambut syawal bersama keluarga

Isnin, 1 Ogos 2011

Persiapan Peperiksaan Lisan Saya

Persiapan yang telah saya lakukan adalah mengulangkaji gambar-gambar lisan yang telah diberikan oleh guru. Saya juga belajar untuk meggunakan intonasi yang baik. Saya dapat belajar untuk menerangkan gambar itu lebih lanjut. Saya juga ada kelas tambahan pada pukul tujuh pagi. Kelas ini diadakan pada setiap hari Jumaat. Dengan mengulangkaji gambar-gambar oral saya akan dapat markah yang tinggi. Guru bahasa Inggeris saya selalu mengajar saya dan rakan-rakan saya lisan di dalam kelas. Dia akan mengajar saya sekelas. Kadangkala, guru bahasa Inggeris saya akan mengadakan kelas-kelas tambahan selepas sekolah tamat. Di kelas tamabahan saya akan mempelajari lisan.

Saya akan selalu bekerja keras untuk lulus peperiksaan saya dengan markah yang tinggi. Saya juga akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya.

Selasa, 19 Julai 2011

Faedah - Faedah Blogging

Terdapat banyak faedah - faedah untuk blogging. Tiga contoh faedah - faedah tersebut adalah pertama, ia boleh meningkatkan pengetahuan kita terhadap bahasa Melayu. Kedua, blogging akan menyenangkan kita mengguna bahasa Melayu di sekeliling kita. Ketiga, ia juga boleh menyenangkan untuk berkomunikasi dengan orang-orang di seluruh dunia.

Saya suka blogging kerana semasa blogging saya akan dapat banyak faedah-faedah yang menarik. Saya juga suka blogging kerana ia sungguh seronok.

Selasa, 5 Julai 2011

Katak Di Bawah Tempurung

Shasha tinggal di sebuah kampung yang terletak di Malaysia. Shasha berasa sungguh gembira kerana hari ini adalah hari jadinya. Dia tidak sabar mahu pulang ke rumah. Di sekolah, kawan-kawannya telah menyambut hari jadinya semasa waktu rehat. Kawan-kawannya telah membawa sebuah kek dan hadiah-hadiah untuknya. Shasha bertuah kerana dia dapat lebih hadiah daripada tahun lepas dan juga bungkusan-bungkusan hadiah-hadiahnya besar. Shasha memikirkan tentang apakah keluarganya sedang buat sekarang.


''Agaknya, keluarga saya sedang membuat persiapan untuk hari jadi saya,'' fikir Shasha.

Tanpa memikirkan apa-apa lagi, Shasha berlari menuju ke rumahnya sambil mengangkat beg sekolahnya yang tidak begitu berat itu. Setelah berlari, dia pun sudah di hadapan rumahnya. Dia mengetuk pintu. Tidak ada orang membuka pintu itu. Dia mengetuk pintu rumahnya lagi sekali tetapi tetap tidak ada orang yang membuka pintu itu. Dia mula berasa hairan. Tiba-tiba, dia pun teringat kata-kata ibunya.


''Kalau tidak ada orang yang membuka pintu, pergilah ke rumah Pak Samad yang tinggal berdekatan,'' Shasha teringat.


Shasha pun pergi ke rumah Pak Samad. Apabila dia di hadapan rumah Pak Samad, dia mengetuk pintu itu kuat-kuat supaya Pak Samad boleh dengar. Dia pun dapat tahu bahawa Pak Samad pun tidak ada di rumah. Shasha berasa semakin hairan. Perkara macam begini tidak pernah berlaku. Shasha pun mula menangis kerana dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan.


Sementara itu, Cik Salmah sedang melalui rumah Pak Samad. Cik Salmah membawa Shasha ke rumahnya. Apabila Cik Salmah membuka pintu tersebut, Shasha mendapati bahawa semua orang-orang yang tinggal di sekeliling rumahnya berada di situ. Mereka mengucapkan selamat hari jadi kepada Shasha. Shasha berasa amat gembira. Dia pun dapat sambut hari jadinya dengan sebuah kek yang menulis 'Selamat Hari Jadi,Shasha!'. Shasha memakan keknya. Tiba-tiba, semua orang mula ketawa. Shasha pun ketawa kerana hidungnya ada krim kek tersebut.

Selasa, 28 Jun 2011

Pada Cuti Sekolah Semasa Bulan Jun

Pada cuti sekolah semasa bulan Jun, saya telah pergi ke Desaru bersama keluarga saya. Kami pergi ke pantai di sana. Pantai itu amat bersih dan ombaknya kuat. Kami berkelah di sana. Kami dapat berseronok di sana. Adik-adik saya telah membina istana pasir sementara saya berenang di sana. Dua hari lepas kami ke Desaru, kami pergi ke Wild Wild Wet. Kami bermain-main di sana. Kami berenang di sana. Saya suka pergi ke sana terutama sekali bila saya pergi bersama keluarga saya. Di sana kami berseronok. Pada hari itu juga, kami telah pergi ke Swensen untuk menyambut hari lahir adik saya. Ibu saya telah membeli sebuah kek cheri yang amat sedap. Beberapa hari kemudian, saya dan saudara-mara keluar pergi bermain bowling. Saya tidak beberapa bagus dalam permainan bowling tetapi saya tetap dapat berseronok bersama saudara-mara saya. Saya dapat tahu yang saudara-mara saya pun tidak bagus dalam permainan bowling.

Selasa, 17 Mei 2011

Pengalaman yang sukar untuk dilupakan


Pengalaman yang sukar untuk saya melupakan adalah semasa cuti sekolah tahun lepas. Semasa itu, saya pergi ke Indonesia, Batam bersama keluarga saya. Kami bercuti di sana selama 4 hari, tiga malam. Kami tinggal di Golden View Hotel. Pada hari pertama kami telah membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah. Pada hari kedua, kami berjalan-jalan di kawasan tersebut. Selepas kami berjalan-jalan, kami berasa letih dan terus makan disebuah restoran. Pada hari ketiga, kami tidak pergi ke mana-mana tetapi pergi berjalan-jalan di hotel tersebut. Di tingkat atas hotel tersebut kami mendapati sebuah kolam renang yang besar. Kami berbincang untuk bermain di kolam renang tersebut keesokan harinya. Pada hari keempat seperti yang dibincangkan, kami pun bermain di kolam renang tersebut. Selepas berenang, kami berkemas untuk kami balik keesokkan harinya. Saya dapat berseronok di sana.