Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Kenangan pahit
Pada tahun 2010 , saya berada di dalam darjah lima. Saya berasa amat takut kerana saya perlu bersiap untuk peperiksaan saya. Selepas itu pula, saya akan berada di dalam darjah enam. Saya harus bersiap untuk kedua-dua peperiksaan. Jikalau saya mula persiapan saya pada tahun depan, saya tidak akan ada cukup masa untuk membuat persiapan tersebut. Tahun depan adalah penting bagi kita kerana jika kita tidak lulus dalam pelajaran Matematik dan Inggeris kita, kita tidak boleh meninggalkan sekolah rendah kita. Kita boleh memasuki sekolah menengah yang kita selalu inginkan jikalau kita dapat markah yang tinggi untuk peperiksaan akhir tahun depan. Pada tahun ini, guru saya telah memberi saya dan rakan-rakan kelas saya banyak kerja rumah dan kerja sekolah.
Kenangan manis
Rakan-rakan dan guru-guru saya telah menolong saya apabila saya dalam kesusahan. Mereka juga telah menyokong saya. Saya telah membuat banyak rakan pada tahun ini dan saya juga jumpa rakan-rakan lama saya.

4 ulasan:

  1. Saya harap kamu akan lulus untuk peperiksaan PSLE yang akan menjelang tahun depan.Saya juga berharap agar awak sabar untuk menjalani semua cabaran atau dugaan yang kamu tempuhi.

    BalasPadam
  2. Kamu beruntung mendapat kawan yang begitu baik sekali. Saya harap kamu akan lulus dalam semua mata pelajaran kamu pada tahun depan nanti.:)

    BalasPadam
  3. Shazwanny , saya ucapkan terima kasih kepada awak!Saya pun fikir begitu juga.

    BalasPadam