Rabu, 12 Januari 2011

Tentang Diri Saya

Nama saya ialah Safinah. Saya berumur 11 tahun. Dalam masa 6 bulan lagi, saya akan berumur 12 tahun. Rumah saya tidak jauh dari sekolah saya. Ia juga berdekatan dengan sebuah pusat membeli-belah. Saya ada lima adik-beradik. Saya suka makan nasi ayam dan minum air milo ais. Hari lahir saya adalah 13 Julai 1999.

Rakan-rakan rapat saya adalah Anisah, Sophia, Nikki, Shazwanny dan Afeeqa. Saya suka membaca buku, menari dan menyanyi. Agregat saya pada tahun ini adalah 230 atau lebih. Saya mahu mendapat gred B untuk bahasa Inggeris, A* untuk bahasa Melayu saya, A untuk Matematiks dan B untuk sains.

2 ulasan:

  1. Cikgu gembira Safinah berazam untuk mencapai gred A* untuk bahasa Melayu tetapi cikgu juga harap Safinah dapat mencapai gred A untuk subjek Sains juga ya. Tidak ada perkara yang mustahil untuk dicapai sekiranya Safinah rajin dan tidak mudah putus asa.

    BalasPadam