Selasa, 26 April 2011

Binatang Kegemaran


Binatang kegemaran saya adalah hamster. Saya suka hamster kerana ia comel dan kecil. Pada masa dahulu, saya mempunyai seekor hamster yang bernama Hamtaro. Ia amat comel dan apabila ia mahu melepaskan diri atau sedang berkelaparan, ia akan menggigit kandangnya. Ia berwarna putih dan coklat tetapi dia telah mati. Ceritanya mula begini...

Pada hari itu, saya ada kelas tambahan yang mula dari jam 1.25 petang hingga 3.30 petang. Berterusan dengan aktiviti ko-kurikulum yang bermula dari jam 3.45 petang hingga 5.45 petang. Ibu bapa saya pula sedang sibuk dengan kerja mereka. Adik-adik saya masih di sekolah. Saya terlupa untuk memberikan Hamtaro makanannya sebelum saya pergi ke sekolah. Apabila saya pulang rumah, saya mahu memberi makanan kepada Hamtaro dan mendapati yang ia sudah mati. Ia sudah terlambat. Hamtaro terbaring di dalam kandangnya. Apabila ibu saya pulang dari kerja, saya memberitahunya tentang kematian Hamtaro. Kami menanam Hamtaro di bawah tanah berdekatan dengan sebatang pokok.

Semenjak kejadian itu, saya selalu meminta ibu saya untuk membelikan saya seekor hamster. Setiap kali saya memintanya, dia akan memberitahu saya yang saya tidak ada tanggungjawab untuk menjaga binatang perliharaan dengan baik. Setiap kali saya dalam perjalanan ke sebuah tempat dan bila saya melalui pokok itu, saya akan selalu mengingatkan Hamtaro. Saya tetap mahu seekor hamster yang baru.