Selasa, 17 Mei 2011

Pengalaman yang sukar untuk dilupakan


Pengalaman yang sukar untuk saya melupakan adalah semasa cuti sekolah tahun lepas. Semasa itu, saya pergi ke Indonesia, Batam bersama keluarga saya. Kami bercuti di sana selama 4 hari, tiga malam. Kami tinggal di Golden View Hotel. Pada hari pertama kami telah membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah. Pada hari kedua, kami berjalan-jalan di kawasan tersebut. Selepas kami berjalan-jalan, kami berasa letih dan terus makan disebuah restoran. Pada hari ketiga, kami tidak pergi ke mana-mana tetapi pergi berjalan-jalan di hotel tersebut. Di tingkat atas hotel tersebut kami mendapati sebuah kolam renang yang besar. Kami berbincang untuk bermain di kolam renang tersebut keesokan harinya. Pada hari keempat seperti yang dibincangkan, kami pun bermain di kolam renang tersebut. Selepas berenang, kami berkemas untuk kami balik keesokkan harinya. Saya dapat berseronok di sana.

Selasa, 26 April 2011

Binatang Kegemaran


Binatang kegemaran saya adalah hamster. Saya suka hamster kerana ia comel dan kecil. Pada masa dahulu, saya mempunyai seekor hamster yang bernama Hamtaro. Ia amat comel dan apabila ia mahu melepaskan diri atau sedang berkelaparan, ia akan menggigit kandangnya. Ia berwarna putih dan coklat tetapi dia telah mati. Ceritanya mula begini...

Pada hari itu, saya ada kelas tambahan yang mula dari jam 1.25 petang hingga 3.30 petang. Berterusan dengan aktiviti ko-kurikulum yang bermula dari jam 3.45 petang hingga 5.45 petang. Ibu bapa saya pula sedang sibuk dengan kerja mereka. Adik-adik saya masih di sekolah. Saya terlupa untuk memberikan Hamtaro makanannya sebelum saya pergi ke sekolah. Apabila saya pulang rumah, saya mahu memberi makanan kepada Hamtaro dan mendapati yang ia sudah mati. Ia sudah terlambat. Hamtaro terbaring di dalam kandangnya. Apabila ibu saya pulang dari kerja, saya memberitahunya tentang kematian Hamtaro. Kami menanam Hamtaro di bawah tanah berdekatan dengan sebatang pokok.

Semenjak kejadian itu, saya selalu meminta ibu saya untuk membelikan saya seekor hamster. Setiap kali saya memintanya, dia akan memberitahu saya yang saya tidak ada tanggungjawab untuk menjaga binatang perliharaan dengan baik. Setiap kali saya dalam perjalanan ke sebuah tempat dan bila saya melalui pokok itu, saya akan selalu mengingatkan Hamtaro. Saya tetap mahu seekor hamster yang baru.

Isnin, 21 Mac 2011

Cuti Sekolah Saya Selama Seminggu


Pada hari Isnin semasa cuti sekolah saya telah pergi ke Johor Bahru untuk membeli-belah bersama keluarga saya. Kami telah pergi ke Angsana dan Jusco. Saya tidak suka pergi membeli-belah kerana ibu saya selalu mahu membeli baju-baju ataupun kasut. Di Angsana pula, kami bermain bowling. Lepas itu kami pergi ke Pandan City. Terdapat ramai orang di situ. Ramai orang membeli barang-barang di sana. Selepas itu, kami pergi makan di 'Kenny Rogers'. Makanan-makanan di situ amat enak. Hari Rabu pula saya pergi ke Wild Wild Wet bersama saudara-mara saya. Kami dapat berseronok di sana.

Selasa, 15 Februari 2011

Minat saya (2)


Saya juga minat membaca buku. Setiap petang, saya akan membaca sebuah buku di dalam bilik saya. Saya gemar membaca buku Roald Dahl seperti Matilda, The Twits, Charlie and The Chocolate Factory dan banyak lagi. Buku-bukunya tidak membosankan. Saya gemar membaca buku yang lucu dan seram. Saya juga suka membaca buku yang tebal. Membaca buku adalah satu perkara yang baik. Ia memberi moral kepada saya.

Sabtu, 12 Februari 2011

Minat saya (1)


Minat saya adalah membaca buku dan menyanyi. Saya minat menyanyi semenjak saya 5 tahun. Saya minat mendengar lagu-lagu Taylor Swift, Selena Gomez dan banyak lagi. Lagu-lagu mereka amat menarik. Suara mereka amat merdu. Apabila saya dewasa, saya mahu menjadi seorang penyanyi. Walaupun suara saya tidak begitu merdu saya boleh mencuba untuk dapatkan peluang. Saya harus berlatih dengan bersungguh-sungguh.

Ahad, 23 Januari 2011

Tahun Baharu 2011

Pada tahun 2011 ini, saya akan menghadapi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah. Saya berasa tidak sabar untuk mengambil peperiksaan itu. Dalam masa yang sama, saya pun berasa takut. Jika saya gagal dalam peperiksaan saya pada tahun ini, saya harus mengambil peperiksaan itu sekali lagi. Saya tidak mahu perkara itu berlaku. Jika saya ingin mencapai agreget saya, saya harus berkerja keras dengan mati-matian. Saya pun harus memberi perhatian kepada guru-guru saya. Saya ingin memasuki aliran expres supaya ibu bapa saya akan berasa bangga terhadap saya. Saya akan berasa amat gembira jika ibu bapa saya bangga terhadap saya.

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang Diri Saya

Nama saya ialah Safinah. Saya berumur 11 tahun. Dalam masa 6 bulan lagi, saya akan berumur 12 tahun. Rumah saya tidak jauh dari sekolah saya. Ia juga berdekatan dengan sebuah pusat membeli-belah. Saya ada lima adik-beradik. Saya suka makan nasi ayam dan minum air milo ais. Hari lahir saya adalah 13 Julai 1999.

Rakan-rakan rapat saya adalah Anisah, Sophia, Nikki, Shazwanny dan Afeeqa. Saya suka membaca buku, menari dan menyanyi. Agregat saya pada tahun ini adalah 230 atau lebih. Saya mahu mendapat gred B untuk bahasa Inggeris, A* untuk bahasa Melayu saya, A untuk Matematiks dan B untuk sains.