Isnin, 15 November 2010
Tahun 2010 di WGPS
Ahad, 24 Oktober 2010
Menjelang Peperiksaan
Sajak Hujan
engkaulah hujan
yang membasahi bumi
betulkah itu , hujan?
Ada yang berkata
engkau turun dari langit
membawa air dan rahmat
adakah itu benar , hujan?
Aku ingin memberi
apatah daya aku tidak mampu
aku hanya manusia biasa
engkaulah yang menghibur sekelian alam
engkaulah inspirasi...
Rabu, 15 September 2010
Hujan Air Batu
Saya berasa stres dengan kerja rumah saya. Saya bercadang untuk berhenti dan berehat sekejap. Saya membuka tingkap sedikit supaya saya dapat anginnya. Tiba-tiba semasa saya sedang membuka tingkap tersebut saya ternampak beberapa ketul batu jatuh dari tingkat atas. Saya menjenguk atas dan sedar bahawa ketul-ketul batu itu jatuh dari langit. Saya berasa amat risau tentang ibu saya. Saya terus tutup tingkap tersebut dan menelefon ibu saya. Saya tanya dia banyak soalan seperti , ibu di mana , ibu tidak apa-apa dan macam-macam soalan lagi.
Isnin, 2 Ogos 2010
Pencapaian saya
Isnin, 26 Julai 2010
Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah
Aktiviti '' Bawa & Berborak ''
Semasa saya berada di darjah satu dan dua , guru bahasa Melayu saya telah mengadakan aktiviti ' Bawa & Berborak '. Aktiviti ini boleh dilakukan sekelas. Ia juga boleh dilakukan untuk satu murid tetapi kalau satu murid secepat mungkin boleh menghabiskan aktiviti tersebut. Setiap murid harus membawa benda yang menarik ke sekolah dan harus memberitahu kelas dan gurunya tentang benda tersebut , macam mana murid tersebut mendapatnya dan lain-lain lagi. Contoh benda-benda tersebut adalah mainan kegemaran , buku cerita kegemaran dan bermacam-macam benda lagi. Pada pertama kalinya saya membuat aktiviti ini saya berasa takut tetapi selepas itu saya berasa lega dan gembira kerana saya dapat menunjukkan rakan-rakan saya benda kegemaran saya. Semasa saya berada di darjah tiga dan empat guru saya tidak mengadakan aktiviti tersebut lagi. Pada pendapat saya , aktiviti tersebut sungguh menarik dan saya mahu mengadakan aktiviti ini sekali lagi.
Perkhemahan Bahasa
Pada tahun 2008 , sekolah kami telah mengadakan Perkhemahan Bahasa selama dua hari. Murid-murid dapat bermain mainan tradisional Melayu. Mainan tradisional bahasa Melayu tersebut adalah tarik guni , pusing-pusing tepung , capteh , cara-cara untuk membuat sebuah layang-layang dan bermacam-macam permainan tradisional bahasa Melayu. Kami bolah tahu lebih tentang kaum Melayu dan mengikut tradisinya. Pada pendapat saya aktiviti ini harus dilakukan setiap tahun untuk memperbaikkan bahasa Melayu kita.