Isnin, 26 Julai 2010
Lawatan Pendidikan ke Brunei Darussalam
Sekolah Rendah Woodgrove telah mengadakan lawatan pendidikan ke Brunei Darussalam. Saya tidak pergi ke lawatan tersebut tetapi rakan-rakan saya pergi. Ramai rakan-rakan kelas bahasa Melayu saya telah pergi ke lawatan tersebut. Walaupun saya tidak pergi ke lawatan tersebut , rakan-rakan saya yang telah pergi ke lawatan tersebut memberitahu saya tentang pengalaman mereka di sana. Aktiviti ini diadakan pada tarikh 30 Mei 2010. Murid-murid dan guru-guru bahasa Melayu telah melawati negara ini selama lima hari , empat malam. Pada hari pertama , mereka melawati Masjid Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Sekolah Rendah Junjongan. Ada seorang budak yang menyanyikan lagu apabila mereka sudah sampai di sekolah tersebut. Pada hari kedua , mereka juga dapat bermain layang-layang dan membuat layang-layang sendiri. Seorang daripada Brunei mengajar mereka bagaimana harus mereka lakukan layang-layang tersebut.Pada hari ketiga , mereka memulakan lawatan mereka dengan melawat ke Kampong Ayer. Di situ mereka dapat melihat rumah-rumah penduduk di situ dan juga pekerjaan-perkerjaan mereka. Mereka harus menaiki bot untuk ke sana. Selepas ke Kampong Ayer, murid-murid dan guru lelaki pergi solat Jumaat di Masjid Omar Ali Saifuddin. Pada hari keempat , mereka telah kembali ke sekolah tersebut, Sekolah Rendah Junjongan. Di situ mereka telah mengambil bahagian dalam pertandingan sukan. Selepas pertandingan itu , mereka dijemput memasuk ke dewan sekolah tersebut untuk menyaksikan persembahan murid-murid di Brunei Darussalam. Pada hari yang terakhir , mereka memulakan hari itu dengan lawatan Muzium Brunei. Di situ , mereka dapat mempelajari tentang sejarah negara Brunei.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan