Selasa, 28 Jun 2011

Pada Cuti Sekolah Semasa Bulan Jun

Pada cuti sekolah semasa bulan Jun, saya telah pergi ke Desaru bersama keluarga saya. Kami pergi ke pantai di sana. Pantai itu amat bersih dan ombaknya kuat. Kami berkelah di sana. Kami dapat berseronok di sana. Adik-adik saya telah membina istana pasir sementara saya berenang di sana. Dua hari lepas kami ke Desaru, kami pergi ke Wild Wild Wet. Kami bermain-main di sana. Kami berenang di sana. Saya suka pergi ke sana terutama sekali bila saya pergi bersama keluarga saya. Di sana kami berseronok. Pada hari itu juga, kami telah pergi ke Swensen untuk menyambut hari lahir adik saya. Ibu saya telah membeli sebuah kek cheri yang amat sedap. Beberapa hari kemudian, saya dan saudara-mara keluar pergi bermain bowling. Saya tidak beberapa bagus dalam permainan bowling tetapi saya tetap dapat berseronok bersama saudara-mara saya. Saya dapat tahu yang saudara-mara saya pun tidak bagus dalam permainan bowling.

3 ulasan:

  1. Awak pun pergi ke Desaru? Kata Nadiah, dia juga pergi ke Desaru... Saya pernah pergi ke Desaru. Seronok kan?

    BalasPadam
  2. Ya, di sana amat seronok. Saya harap saya dapat pergi ke Desaru lagi sekali.

    BalasPadam
  3. Sungguh seronok! Saya suka sekali! :D

    BalasPadam