Ahad, 24 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Saya berasa gugup dan takut apabila peperiksaan akhir tahun ini tiba. Pada hari Isnin hingga Jumaat , saya akan belajar selama satu jam sehari. Pada hari Sabtu dan Ahad , saya akan belajar selama dua jam. Setiap hari , ibu saya akan memberi saya sebuah ujian. Ibu saya juga akan pastikan yang saya belajar. Kini saya mahu lulus dalam semua mata pelajaran supaya ibubapa saya akan berasa bangga.

Sajak Hujan

Ada yang berkata
engkaulah hujan
yang membasahi bumi
betulkah itu , hujan?

Ada yang berkata
engkau turun dari langit
membawa air dan rahmat
adakah itu benar , hujan?

Aku ingin memberi
apatah daya aku tidak mampu
aku hanya manusia biasa
engkaulah yang menghibur sekelian alam
engkaulah inspirasi...

Rabu, 15 September 2010

Hujan Air Batu

Semasa saya mengalami kejadian hujan air batu , saya berasa amat takut. Saya di rumah dengan adik- adik saya. Semasa itu ibu saya di pasar dan ibu saya menyuruh saya menjaga adik- adik saya. Bapa saya di kerja. Saya sedang belajar dan tiba-tiba ia mula hujan gerimis. Saya terdengar bunyi seperti benda yang keras dicampak. Mula-mulanya saya ingatkan benda itu dicampak dari tingkat atas tetapi tiba-tiba terdengar bunyi batu-batu yang dicampak oleh orang.
Saya berasa stres dengan kerja rumah saya. Saya bercadang untuk berhenti dan berehat sekejap. Saya membuka tingkap sedikit supaya saya dapat anginnya. Tiba-tiba semasa saya sedang membuka tingkap tersebut saya ternampak beberapa ketul batu jatuh dari tingkat atas. Saya menjenguk atas dan sedar bahawa ketul-ketul batu itu jatuh dari langit. Saya berasa amat risau tentang ibu saya. Saya terus tutup tingkap tersebut dan menelefon ibu saya. Saya tanya dia banyak soalan seperti , ibu di mana , ibu tidak apa-apa dan macam-macam soalan lagi.

Isnin, 2 Ogos 2010

Pencapaian saya

Selama ini saya ada pencapaian. Pencapaian tersebut adalah yang saya mahu lulus dalam peperiksaan saya. Jikalau saya mahu mara dengan pencapaian saya , saya harus mengaturkan masa saya. Kini saya akan membezakan apa yang agak lebih penting dahulu dan apa yang tidak penting yang terakhir. Dengan itu saya ada secukup masa untuk melakukan perkara-perkara yang harus dilakukan. Kini cita-cita saya adalah yang saya mahu menjadi seorang guru dan untuk menjadi seorang guru saya harus mendapatkan markah yang cemerlang. Kini saya harus dengar arahan dengan teliti.

Isnin, 26 Julai 2010

Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah

Kuiz bahasa Melayu di dalam kelas ada kegunaan. Kegunaan tersebut adalah yang kita boleh belajar dari kesalahan kita dan memperbaikinya. Ini boleh membuat bahasa Melayu kita lebih baik. Kita akan lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu kita jikalau kita mengadakan aktiviti ini setiap hari. Kini murid-murid juga tidak akan berasa malu. Terutama sekali murid-murid yang berkerakyatan Singapura kerana Singapura dikelilingi oleh negara-negara yang berbangsa Melayu. Negara-negara tersebut adalah negara Brunei Darussalam , Indonesia dan Malaysia.

Aktiviti '' Bawa & Berborak ''

Semasa saya berada di darjah satu dan dua , guru bahasa Melayu saya telah mengadakan aktiviti ' Bawa & Berborak '. Aktiviti ini boleh dilakukan sekelas. Ia juga boleh dilakukan untuk satu murid tetapi kalau satu murid secepat mungkin boleh menghabiskan aktiviti tersebut. Setiap murid harus membawa benda yang menarik ke sekolah dan harus memberitahu kelas dan gurunya tentang benda tersebut , macam mana murid tersebut mendapatnya dan lain-lain lagi. Contoh benda-benda tersebut adalah mainan kegemaran , buku cerita kegemaran dan bermacam-macam benda lagi. Pada pertama kalinya saya membuat aktiviti ini saya berasa takut tetapi selepas itu saya berasa lega dan gembira kerana saya dapat menunjukkan rakan-rakan saya benda kegemaran saya. Semasa saya berada di darjah tiga dan empat guru saya tidak mengadakan aktiviti tersebut lagi. Pada pendapat saya , aktiviti tersebut sungguh menarik dan saya mahu mengadakan aktiviti ini sekali lagi.


Perkhemahan Bahasa

Pada tahun 2008 , sekolah kami telah mengadakan Perkhemahan Bahasa selama dua hari. Murid-murid dapat bermain mainan tradisional Melayu. Mainan tradisional bahasa Melayu tersebut adalah tarik guni , pusing-pusing tepung , capteh , cara-cara untuk membuat sebuah layang-layang dan bermacam-macam permainan tradisional bahasa Melayu. Kami bolah tahu lebih tentang kaum Melayu dan mengikut tradisinya. Pada pendapat saya aktiviti ini harus dilakukan setiap tahun untuk memperbaikkan bahasa Melayu kita.