Isnin, 26 Julai 2010

Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah

Kuiz bahasa Melayu di dalam kelas ada kegunaan. Kegunaan tersebut adalah yang kita boleh belajar dari kesalahan kita dan memperbaikinya. Ini boleh membuat bahasa Melayu kita lebih baik. Kita akan lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu kita jikalau kita mengadakan aktiviti ini setiap hari. Kini murid-murid juga tidak akan berasa malu. Terutama sekali murid-murid yang berkerakyatan Singapura kerana Singapura dikelilingi oleh negara-negara yang berbangsa Melayu. Negara-negara tersebut adalah negara Brunei Darussalam , Indonesia dan Malaysia.

Aktiviti '' Bawa & Berborak ''

Semasa saya berada di darjah satu dan dua , guru bahasa Melayu saya telah mengadakan aktiviti ' Bawa & Berborak '. Aktiviti ini boleh dilakukan sekelas. Ia juga boleh dilakukan untuk satu murid tetapi kalau satu murid secepat mungkin boleh menghabiskan aktiviti tersebut. Setiap murid harus membawa benda yang menarik ke sekolah dan harus memberitahu kelas dan gurunya tentang benda tersebut , macam mana murid tersebut mendapatnya dan lain-lain lagi. Contoh benda-benda tersebut adalah mainan kegemaran , buku cerita kegemaran dan bermacam-macam benda lagi. Pada pertama kalinya saya membuat aktiviti ini saya berasa takut tetapi selepas itu saya berasa lega dan gembira kerana saya dapat menunjukkan rakan-rakan saya benda kegemaran saya. Semasa saya berada di darjah tiga dan empat guru saya tidak mengadakan aktiviti tersebut lagi. Pada pendapat saya , aktiviti tersebut sungguh menarik dan saya mahu mengadakan aktiviti ini sekali lagi.


Perkhemahan Bahasa

Pada tahun 2008 , sekolah kami telah mengadakan Perkhemahan Bahasa selama dua hari. Murid-murid dapat bermain mainan tradisional Melayu. Mainan tradisional bahasa Melayu tersebut adalah tarik guni , pusing-pusing tepung , capteh , cara-cara untuk membuat sebuah layang-layang dan bermacam-macam permainan tradisional bahasa Melayu. Kami bolah tahu lebih tentang kaum Melayu dan mengikut tradisinya. Pada pendapat saya aktiviti ini harus dilakukan setiap tahun untuk memperbaikkan bahasa Melayu kita.



Bengkel Penulisan Kreatif

Bengkel penulisan kreatif adalah bagus kerana ia membantu murid-murid yang lemah dalam bahasa Melayu. Kini murid-murid yang lemah dalam bahasa Melayu akan mendapat markah yang tinggi dan cemerlang untuk peperiksaan. Murid-murid tidak harus bimbang tentang peperiksaannya. Guru saya pernah mengadakan aktiviti tersebut. Pada pendapat saya aktiviti ini harus dilakukan setiap tahun.

Pertandingan Blogging

Pertandingan blogging kini dibina agar murid-murid berbangsa Melayu menambah ilmu tentang bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh memperkenali budaya Melayu dan adat resam Melayu. Kini bahasa Melayu adalah budaya kita. Sebagai seorang yang berbangsa Melayu, kita harus berbangga dengan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan sahaja diajar di Singapura, Malaysia dan Indonesia tetapi bahasa Melayu kini sudah diajar di universiti-universiti terbaik di dunia termasuk di Eropah , Australia , Jepun , Thailand dan New Zealand sebagai subjek bahasa kedua selain bahasa ibunda mereka. Sebagai anak Melayu, kita harus memperkembangkan budaya kita kepada kaum-kaum lain. Kita juga boleh berkongsi dengan kaum-kaum yang bukan berbangsa Melayu tentang adat resam Melayu , pantang-larang nenek moyang kita.

Lawatan Pendidikan ke Brunei Darussalam

Sekolah Rendah Woodgrove telah mengadakan lawatan pendidikan ke Brunei Darussalam. Saya tidak pergi ke lawatan tersebut tetapi rakan-rakan saya pergi. Ramai rakan-rakan kelas bahasa Melayu saya telah pergi ke lawatan tersebut. Walaupun saya tidak pergi ke lawatan tersebut , rakan-rakan saya yang telah pergi ke lawatan tersebut memberitahu saya tentang pengalaman mereka di sana. Aktiviti ini diadakan pada tarikh 30 Mei 2010. Murid-murid dan guru-guru bahasa Melayu telah melawati negara ini selama lima hari , empat malam. Pada hari pertama , mereka melawati Masjid Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Sekolah Rendah Junjongan. Ada seorang budak yang menyanyikan lagu apabila mereka sudah sampai di sekolah tersebut. Pada hari kedua , mereka juga dapat bermain layang-layang dan membuat layang-layang sendiri. Seorang daripada Brunei mengajar mereka bagaimana harus mereka lakukan layang-layang tersebut.Pada hari ketiga , mereka memulakan lawatan mereka dengan melawat ke Kampong Ayer. Di situ mereka dapat melihat rumah-rumah penduduk di situ dan juga pekerjaan-perkerjaan mereka. Mereka harus menaiki bot untuk ke sana. Selepas ke Kampong Ayer, murid-murid dan guru lelaki pergi solat Jumaat di Masjid Omar Ali Saifuddin. Pada hari keempat , mereka telah kembali ke sekolah tersebut, Sekolah Rendah Junjongan. Di situ mereka telah mengambil bahagian dalam pertandingan sukan. Selepas pertandingan itu , mereka dijemput memasuk ke dewan sekolah tersebut untuk menyaksikan persembahan murid-murid di Brunei Darussalam. Pada hari yang terakhir , mereka memulakan hari itu dengan lawatan Muzium Brunei. Di situ , mereka dapat mempelajari tentang sejarah negara Brunei.

Selasa, 20 Julai 2010

Hari Keharmonian Kaum

Hari ini , 21 Julai 2010 , sekolah kami telah mengadakan pesta Hari Keharmonian Kaum. Setiap kelas harus berkumpul di dewan sekolah. Guru-guru kelas tersebut akan membawa untuk berkumpul di dewan. Terdapat sebuah guru yang berbual tentang kaum-kaum yang berlainan. Kaum-kaum tersebut adalah kaum Cina , kaum Melayu , kaum India dan bermacam-macam lagi. Tradisional makanan kaum Melayu adalah rendang , ketupat , sambal goreng dan lain-lain lagi. Di dalam kaum Melayu kebanyakkannya Muslim. Orang berbahasa Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Pada Hari Raya Aidilfitri , semua kanak-kanak muda akan meminta ampun kepada orang-orang dewasa daripadanya. Pada Hari Raya Haji pula kebanyakkan orang pergi ke Mekah untuk meminta ampun daripada Tuhan. Kaum India menyambut Deepavali. Makanan orang India adalah putu mayam dan lain-lain lagi. Pada pendapat saya , kita harus menghormati dan tidak harus mengejek kaum-kaum yang berlainan .

Pengalaman saya semasa peraduan 'Piramida'

Sekolah kami telah mengadakan peraduan 'Piramida'. Kami mengadakan peraduan tersebut pada 13 Julai 2010. Peraduan tersebut agak seronok. Ia mengadakan 4 murid dari sekelas. Rakan-rakan saya yang telah dipilih oleh guru saya ialah Amirah , Nurul Huda , Haidi dan Riz Mateen. Peraduan ini mengadakan 4 kelas. Terdapat 2 kerusi memandang satu sama lain. Satu kerusi tersebut akan memandangi penonton dan lagi satu pula akan memandangi skrin. Selepas peraduan itu selesai, pemenangnya akan berkumpul di pentas untuk di penghumumkan pemenang-pemenang peraduan ini. Pemenang yang pertama adalah kelas kami.

Jumaat, 9 Julai 2010

Peraduan bercerita

Semasa saya berada di darjah dua , rakan-rakan saya telah dipilih untuk memasuki peraduan bercerita. Walupun saya tidak dapat memasuki peraduan itu, saya dapat menonton rakan-rakan saya berlakon di atas pentas. Lakonan mereka sangat hebat. Saya rasa yang peraduan ini amat sukar dan mencabarkan kerana mereka harus menghafal dialog-dialog tersebut. Kini jikalau saya memasuki peraduan ini atau peraduan yang lain saya akan mencuba yang terbaik saya boleh. Kita tidak harus berputus asa dengan apa yang harus dilakukan.

Selasa, 6 Julai 2010

Aktiviti Berbahasa Melayu

Terdapat banyak aktiviti berbahasa Melayu. Salah satu darinya adalah "Sahibba" yaitu permainan silang kata atau susun kata seumpama 'Scrabble' untuk kegunaan permainan bahasa Melayu. Tambahan pula, ia tidak bosan dan tanpa disedari, kita dapat mempelajari lebih banyak perkataan. Pada pendapat saya, permainan ini sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.