Rabu, 15 September 2010

Hujan Air Batu

Semasa saya mengalami kejadian hujan air batu , saya berasa amat takut. Saya di rumah dengan adik- adik saya. Semasa itu ibu saya di pasar dan ibu saya menyuruh saya menjaga adik- adik saya. Bapa saya di kerja. Saya sedang belajar dan tiba-tiba ia mula hujan gerimis. Saya terdengar bunyi seperti benda yang keras dicampak. Mula-mulanya saya ingatkan benda itu dicampak dari tingkat atas tetapi tiba-tiba terdengar bunyi batu-batu yang dicampak oleh orang.
Saya berasa stres dengan kerja rumah saya. Saya bercadang untuk berhenti dan berehat sekejap. Saya membuka tingkap sedikit supaya saya dapat anginnya. Tiba-tiba semasa saya sedang membuka tingkap tersebut saya ternampak beberapa ketul batu jatuh dari tingkat atas. Saya menjenguk atas dan sedar bahawa ketul-ketul batu itu jatuh dari langit. Saya berasa amat risau tentang ibu saya. Saya terus tutup tingkap tersebut dan menelefon ibu saya. Saya tanya dia banyak soalan seperti , ibu di mana , ibu tidak apa-apa dan macam-macam soalan lagi.